Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Life In An Ordinary Lane bio picture

Welcome to My Photoblog !!

"If i could tell the story in words, i wouldn't need to lug around a camera.."

Photographs are amazing. It allow me to "see" more creatively in other areas of my life and encourages me  as a traveler to look for a good shot, force me to seek out the unique features and scenic beauty of a location, to explore further, and to interact with the surroundings. Photography also let me capture all those rare family moments - my growing up baby , family outing, vacation and reunion events that  was once-in-a-lifetime moments.

Thanks for visiting my blog..Do enjoy reading the story of my life, living in an ordinary lane..!!

Best Regards,

Rashdan Topa

Sepetang di Teluk Sengat

Powered By Wordpress Tabs Slides

Catatan Buat Putera Keduaku

Putera keduaku,

Kamu dilahirkan tidak lama selepas ibu kamu dimasukkan ke wad bersalin Hospital Putrajaya pada suatu malam 28 Rabiulakhir yang tenang. Syukurlah kali ini ayah dapat berada di sisi ibu kamu menemaninya saat-saat kamu dilahirkan. Selepas segala kekotoran di tubuh kamu dibersihkan oleh nurse yang bertugas, sepertimana kelaziman menyambut kelahiran bayi islam, ayah telah mengazankan kamu di telinga supaya azan itu menjadi ucapan dan kalimah suci pertama yang kamu dengar di dunia ini dan menjauhkan diri kamu dari gangguan syaitan. Uri yang telah siap dibungkus dalam beg plastik oleh pihak hospital telah ayah bawa pulang, dibersihkan darahnya dan kemudian ayah tanam di tempat yang selamat di kawasan kediaman rumah kita.

Semasa kamu ditahan di wad Hospital Serdang kerana jaundis, ibumu menemani kamu siang malam tanpa tidur yang cukup. Tak terkira banyak air matanya tumpah kerana tidak sanggup melihat petugas hospital mencucuk jarum ke tanganmu yang kecil untuk mengambil darah dan menyaksi kamu menggigil kesejukan tanpa pakaian menerima rawatan fototerapi. Mengenang itu semua dan kesakitan ibumu bertarung nyawa melahirkanmu, sentiasa ingatlah untuk berbuat baik kepada ibumu itu bila kamu besar kelak. Janganlah sesekali melukai hatinya.

Juga sebagaimana pesanan Luqman Hakim kepada anak-anaknya, janganlah sesekali mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Janganlah condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana kamu diciptakan bukanlah untuk dunia sahaja. Dan selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian kamu akan disukai orang.

Kami bersepakat menamakan kamu Muhammad Zulfan. Zulfan itu bermaksud ‘taman’, sebagai pelengkap kepada nama abangmu Zahryn (bunga). Mudah-mudahan keluarga kita ini sentiasa aman harmoni dan kekal bahagia ibarat sebuah taman yang dipenuhi bungaan yang mewangi.

Berbaik-baiklah kamu juga dengan abangmu dan bersabarlah dengan kerenahnya, dia amat cemburu sekali atas kehadiranmu.

Selamat datang ke dunia, putera keduaku..

Powered By Wordpress Tabs Slides

Jaundice – Bertabahlah anakku..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Day 2 : Muhammad Zulfan @ Home, Bangi

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Muhammad Zulfan – Detik Kelahiranmu..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides