Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Life In An Ordinary Lane bio picture

Welcome to My Photoblog !!

"If i could tell the story in words, i wouldn't need to lug around a camera.."

Photographs are amazing. It allow me to "see" more creatively in other areas of my life and encourages me  as a traveler to look for a good shot, force me to seek out the unique features and scenic beauty of a location, to explore further, and to interact with the surroundings. Photography also let me capture all those rare family moments - my growing up baby , family outing, vacation and reunion events that  was once-in-a-lifetime moments.

Thanks for visiting my blog..Do enjoy reading the story of my life, living in an ordinary lane..!!

Best Regards,

Rashdan Topa

Monthly Archives: January 2010

Dah pandai merangkak..

Alhamdulillah, akhirnya zahryn pandai juga merangkak..Walaupun merangkak slow, tapi ok lah ..lama2 nanti laju la tu.. sampai tak terkejar mak bapak dia pulak..Bravo2..macam tu la anak ayah!!

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Thaipusam 2010

Thaipusam tahun 2010 ni aku dah kat putrajaya. Tak berpeluang nak shoot event ni sebab JAS ada friendly match badminton di presint 18 dengan Jabatan Akauntan Negara(AG) pada pagi hari yang sama. Pagi-pagi lagi dah bertolak dari rumah sebab game start kul 9 pagi. Keputusannya-JAS menang, lagipun team AG tu pun tak berapa kuat..tapi akibatnya sampai skrg ni lengan kanan aku sakit sebab lama tak main badminton..Sekali main, terus pulun..ini lah hasilnya..

Tahun lepas masa di JB sempat jugak shoot festival thaipusam ni di kuil Arulmigu Rajamariaman Devasthanam dekat bandar JB..memang best dan banyak moment menarik. Masa tu ita tengah pregnant, dia cuma temankan dan dok tepi je tengok perarakan kavadi..

Next year shouldn’t miss again this colourful event..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Nak panjat jugak..

Ini lah skil dan hobi baru zahryn yang paling bahaya..suka panjat tangga! Rekod peribadi dia setakat ni dah berjaya panjat 10 anak tangga..Pantang kami leka je terus di menghala ke tangga nak panjat. Mungkin sebab tau ayahnya panjat Bukit Broga hari tu, dia pun nak tunjuk skil jugak. Masalahnya dia cuma tau panjat je, nak turun tak tau pulak..Kalau tergolek kat tangga tu tak ke bahaya..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Conquering Broga Hill

23 Januari 2010- Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak mendaki Bukit Broga kat Semenyih ni. Sebelum ni aku ada surf dalam forum internet memang ramai photographer dah sampai sini. Gambar yang diaorang ambik pun cantik2 belaka. So aku pun teringin jugak la cipta rekod peribadi sampai ke sini. Kalau dari Bangi, Bukit Broga ni tak jauh sangat, lebih kurang setengah jam perjalanan je. Kalau tak sesat la..Mula-mula aku ajak usdi n zam tapi diaorg tak free, nasib baik md jehan ada balik bercuti ke bangi dari Penang. Kitaorang bertolak lebih kurang jam 11 pagi dari Bangi. Singgah breakfast jap kat outskirt kajang dan beli bekalan air minum kat pekan Broga. Sampai di kaki Bukit Broga dalam pukul 12.00 tengahari..


Parking kereta dekat rabbit farm. Free je. Rasa macam selamat parking kat sini. Ada jugak yang parking keta kat dalam area ladang kelapa sawit..


Pendakian ke puncak Bukit Broga bermula. Merentasi kawasan ladang kelapa sawit dan kebun getah..


Gambar-gambar flora dan fauna yang sempat diambil sepanjang pendakian. Nasib baik bawak cukup lens dan close up filter..Cuma leceh tukar-tukar lens je..


Tak ramai pendaki hari ni sebab biasanya diaorang pergi awal pagi atau lewat petang ..Ada la bertembung dgn 2-3 orang masa on da way ke atas..


Dah hampir sampai ke puncak. Berehat sebentar sambil beraksi atas batu..


Tough climb up..sambung mendaki lepas berehat…sikit lagi nak sampai puncak ni..


Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak. Pemandangan kawasan seitar di atas puncak Bukit Broga. Langit cerah membiru dan awan putih berkepul2..Beautiful and inspiring..


Aksi-aksi syok sendiri kami di puncak Bukit Broga..


Berehat di celah-celah batu di puncak Bukit Broga. Cuaca panas terik dan tak ada tempat yang teduh. Tapi tiupan anginnya menyegarkan


Hanya ini lah bekalan kami yang ada. Menyesal tak bawak bekal makanan..


Lebih kurang kul 4 petang, berjalan turun dari puncak. Rasa nak tercabut kepala lutut. Laju je turun ditambah dengan perut yang lapar. Tapi sempat lagi berhenti sekejap2 ambil gambar..


Selamat tiba di kaki Bukit Broga dalam pukul 4.45 petang. Pendakian yang meletihkan tapi pengalaman yang berbaloi…

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Sunday Blues

Pagi ahad yang lesu. Penat semalam panjat Bukit Broga tak hilang lagi. Kaki rasa sengal2 pulak. So aktiviti hari ni sekitar kawasan Bangi je. Pagi lepas breakfast di restoran amir terus ke pasar tani kat belakang Kompleks PKNS, Bangi. Lepas beli lauk untuk lunch terus balik rumah semula. Dapat jugak keladi untuk goreng waktu malam. Hari ni ita masak special, ikan bakar cicah air asam, ulam petai…my favourite!! Lepas lunch kat rumah, perut dah kenyang kesedapan, rilek2 tengok tv and tidur. Petang tu beli barang sikit di Pasaraya Bintang. Kemudian kami lepak-lepak di Taman Komuniti Seksyen 7 sambil makan aiskrim..

Esok kerja pulak. Bila cuti ni rasa cepat je masa berjalan…

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides