27 Mac 2010 (Sabtu) – Hari ni cuaca sangat baik sekali. Panas terik. Kereta parking kat laman rumah pun macam nak meletup. Pagi keluar joging di tempat biasa di Taman Komuniti Sek. 7 dengan Ita n Zahryn. So plan outing hari ni nak ke Hutan Lipur Sungai Tekala. Hari tu dah ke Sungai Congkak. Sungai Tekala ni dekat-dekat area Sungai Congak jugak dan Sungai Gabai di Hulu Langat. Ita dah pun siapkan set lunch untuk picnic kat sana. My favorite food – lontong kering !! Tapi Zahryn tidur pulak masa kami bersiap nak ke sana. So terpaksa tunggu Zahryn bangun dulu.
Dalam pukul 2 petang, lepas zuhur baru kitaorang bertolak ke Sungai Tekala. Ikut Silk Highway hala ke Cheras/Semenyih. On the way ke Sungai Tekala ni baru perasan ada banyak bintik merah di badan dan muka Zahryn. Samada kena ruam atau campak. Patut lah sejak 2-3 hari ni dia asyik merengek-rengek je. Tak sedap badan rupanya. Nak patah balik alang-alang pulak. So kami proceed je ke Sungai Tekala. Balik dari Sungai Tekala nanti baru hantar Zahryn ke klinik. Pukul 2.50 petang kami tiba di Sungai Tekala. Zahryn pun nampak lesu je..
Pemandangan biasa di mana-mana kawasan rekreasi hutan lipur. Banyak stall menjual makanan dan minuman di tepi jalan. Kami beli air kelapa (yg rasanya entah apa2) dan pisang goreng..
Di gerbang pintu masuk ke Hutan Lipur Sungai Tekala. Tiket masuk RM1 seorang untuk dewasa..
’Port’ kami piknik di pondok yang disediakan tak jauh dari pintu masuk ke Hutan Lipur. Tak ramai orang hari ni walaupun hari cuti.
Macam biasa, aksi anak dan ibu yang suka berposing…Zahryn sejak ada gigi baru ni memang suka main gigi..
Zahryn – masih mampu senyum dalam sakit..
Selalunya zahryn bila jumpa air memang sangat seronok tapi hari ni mood kurang baik, mungkin sebab badan tak sihat..
Kemudahan tangga ada disediakan untuk ke kawasan air terjun lebih kurang 200m dari pintu gerbang masuk. Kena mendaki sikit untuk ke lokasi air terjun tu..
Air terjun Sungai Tekala (HDR version) yang mengalir deras dan cantik. Kamera letak atas batu nak bagi slow shutter speed sebab tak bawak tripod..
Pengunjung terutamanya budak-budak seronok mandi air terjun..Yang bahayanya kat sini adalah batunya yang sangat licin. So kena extra careful..

Masa untuk pulang..Zahryn bergaya dengan spek ala 60an ibunya..
On the way balik ke Seksyen 7, kami singgah di klinik Al Haj di Seksyen 4 Tambahan, BB Bangi untuk check keadaan Zahryn. Mengikut doktor, zahryn kena ruam badan sahaja dan bukan demam campak.. Alhamdulillah..tapi nampaknya teruk juga ruam zahryn ni, habis merah satu badan dan muka. So lepas ni kena jaga betul2 dan sapu ubat..
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog





















