Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Life In An Ordinary Lane bio picture

Welcome to My Photoblog !!

"If i could tell the story in words, i wouldn't need to lug around a camera.."

Photographs are amazing. It allow me to "see" more creatively in other areas of my life and encourages me  as a traveler to look for a good shot, force me to seek out the unique features and scenic beauty of a location, to explore further, and to interact with the surroundings. Photography also let me capture all those rare family moments - my growing up baby , family outing, vacation and reunion events that  was once-in-a-lifetime moments.

Thanks for visiting my blog..Do enjoy reading the story of my life, living in an ordinary lane..!!

Best Regards,

Rashdan Topa

Monthly Archives: July 2010

Celebrating 2nd Anniversary @ Avillion, Port Dickson

Alhamdulillah pada tanggal 26 Julai 2010 usia perkahwinan kami dah masuk 2 tahun. Dulu bujang, kemudian berdua dan kini bertiga. Zahryn pun sekarang dah pandai berjalan dengan lajunya. Tahun lepas kami celebrate 1st annv. kami di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Waktu tu zahryn kecil lagi, baru pandai meniarap. Kali ni destinasi percutian pilihan kami untuk 2nd annv. adalah di Avillion Port Dickson. Taklah jauh sangat, 1 jam perjalanan dah sampai dari Bangi. Booking water chalet di Avillion ni melalui internet dan payment pun dah dibuat melalui agen. Aku n ita pun awal-awal lagi dah apply cuti rehat 2 hari.

Day 1 (26 Julai 2010)

Kami tiba di Avillion, Port Dickson dalam pukul 2 petang. Walaupun weekday nampaknya ramai juga pengunjung yang check in di Avillion hari ni tapi kebanyakannya dari kawasan timur tengah. Geng-geng tok arab jugak lah ni. Lepas ambil kunci kami terus ke bilik yang agak jauh juga dari lobi resort. Masuk je bilik Ita terus mandikan Zahryn sambil aku menikmati pemandangan sekitar resort dari balkoni. Apa yang special tentang bilik kami ni selain bercirikan tradisional dan berkonsep tropikal adalah ia didirikan di atas air. So masa mandi memang boleh nampak air laut mengalir di bawah.

Petang ni kami tak ada apa-apa program yang menarik, cuma berjalan-jalan santai keliling resort melayan zahryn yang seronok nampaknya dengan pemandangan lanskap dan suasana sekitar resort yang didekorasi seperti dalam taman dengan flora dan fauna yang mendamaikan. Selain itu, di resort ini ada ada juga zoo mini dengan koleksi haiwan seperti arnab dan burung-burung. Memang sesuai kalau bawa anak-anak kecil ke resort ni.

Malam menjelang tiba. Lepas mandi dan bersiap kami dinner di luar resort. Pusing punya pusing kami pilih restoran kelantan yang tak jauh dari resort. Main menu special untuk 2nd Annv. kami adalah ikan siakap kukus. Zahryn pulak sibuk dengan crispy potatonyanya. Selepas makan, perut dah kenyang kami balik ke hotel. Malam tu kami tidur agak lewat juga sebab melayan zahryn. Ita pula menyiapkan assignmentnya untuk Conference di China minggu depan.

Day 2 (27 Julai 2010)

Good morning Port Dickson!!Pagi ni bangun awal sebab kena beli breakfast di luar. Tak perasan masa booking bilik rupa2nya tak include breakfast. Ita n zahryn tinggal kat bilik. Program selepas breakfast adalah acara yang dinanti-nantikan. Swimming time!! Zahryn pun ada bawak swimsuit dia. Sambil tu dapat jugak test performance underwater casing Lumix LX3 baru aku. Yang agak mengecewakan cuma swimming kat swimming pool untuk kanak-kanak sebab melayan zahryn. Huh, tak mencabar langsung.. hehe. Puas mandi kami balik ke bilik dan berkemas. Zahryn pun dah letih sampai tertidur. Sementara zahryn tidur aku ambil peluang berjalan-jalan seorang diri sekitar resort sambil mengambil gambar. Juga bergambar berdua dgn ita di bilik dan di balkoni

Pukul 1 tengahari kami checkout resort. Personally memang puas hati dengan celebration 2nd anniversary kami yang dirancang di Avillion ni. Penginapan di water chalet yang unik, sorrounding resort yang mesra alam dan lanskap yang cantik. Next year celebration annv. tak tau kat mana pulak..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

My Lumix is now ready to go underwater!!

Baru je terima underwater casing untuk Lumix LX3 aku order dari shashinki. Macam previous purchase raynox 250 aku, still good service from shashinki. Item received in tip top condition n fast delivery. Dah cuba celup lumix + casing dlm air tadi, good performance, memang water proof..

Tak sabar nak test drive masa holiday kat Avillion nanti..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Karnival Sukan JAS-KA 2010

Hari ni jam 6.30 pagi dah bangun sebab kena main badminton wakil JAS Putrajaya untuk Karnival Sukan JAS-KA yang diadakan di Kelab Komuniti Cyberjaya. Ita pun terlibat sama tetapi dia main futsal. So nampaknya kena bawak zahryn sekali ke karnival sukan ni. Takkan nak tinggalkan dia sorang2 kat rumah kan. Breakfast tapau di outskirt dan makan di rumah. Lepas breakfast dan uruskan kelengkapan zahryn kami bertolak ke Cyberjaya jam 7.45 pagi.

Walaupun sepatutnya ikut jadual game bermula jam 8.15 pagi tetapi biasalah kalau buat game sukan hari weekend ni memang payah nak start awal. Lebih kurang pukul 9.16 baru game start bila player dah cukup. Ikut undian, team badminton JAS Putrajaya dapat bye pusingan awal and start main masa suku akhir. Game futsal Ita start awal. Kena jaga zahryn la aku nampaknya. Setelah berhempas pulas dan bermandi peluh di gelanggang, so keputusannya badminton JAS Putrajaya dapat naib johan, tewas kepada KA di final dan game ita (futsal), dapat tempat ketiga. Ok lah tu dapat jugak medal cuma terkilan sikit sebab gagal pertahan kejuaraan tahun lepas. Yang bestnya cabutan bertuah dapat hamper sebab nama aku memang selalu tak bertuah kalau bab cabutan bertuah ni..

Pukul 6.30 lepas habis acara penyambapain hadiah baru gerak balik ke rumah. Tumpang X-trail zaihan JAS Bayan Lepas. Ita dah balik awal dengan zahryn. Masa ni badan rasa sengal-sengal dan tangan kanan pun dah sakit..almaklum lama tak main badmninton Nasib baik esok hari ahad, cuti tak kerja..boleh relax kat rumah..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Floria Putrajaya Flower & Garden Festival 2010

Seperti tahun lepas, tahun ni berkesempatan juga mengambil gambar sekitar Festival Floria Putrajaya ni. Pada tahun ini, pesta yang diberi nama Floria Putrajaya Flower and Garden Festival 2010 ini diadakan dari 10 hingga18 Julai 2010 bertempat di tapak sama seperti tahun lepas iaitu di Presint 2, Putrajaya. Kali ini pergi dua(2) kali, sekali bersama Ita dan sekali lagi bersendirian sebab tak puas ambil gambar bunga-bungaan dan pemandangan taman buatan yang berwarna-warni.

Satu perbezaan gambar tahun ini dengan tahun lepas adalah kali ini bukan gambar bunga semata-mata tetapi cuba mencari kelainan dengan mengambil gambar close-up serangga dan bunga…of course dengan bantuan Raynox DCR 250 baru ku..love it!!!

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Gentlemen….start your engine!!

Pagi ni gi Taman Komunit lambat sikit sebab cari kunci rumah tak jumpa. Entah mana dak zahryn ni letak masa dia main malam tadi. Puas selongkar satu rumah last-last jumpa dalam tabung duit. Nasib baik jumpa. Aturcara pagi ni adalah test drive ‘motorbike’ baru zahryn. Baru dapat 1 round dah cuaca dah panas terik. So tak boleh lama-lama, terus gi breakfast.

Petang pulak test drive baby car seat baru. Zahryn ok je, senyap dok diam-diam dalam car seat tu. Cuaca tak berapa bagus, hujan rintik-rintik tapi keluar jugak. Mula-mula pegi shopping biskut cina favorite zahryn, ‘rubbin’ di Pasaraya Bintang. Kemudian ngeteh pisang goreng di outskirt dan lepas tu gi tapau KFC kat Kompleks PKNS. Malamnya zahryn tidur awal kekenyangan lepas pekena 1 mangkuk besar mashed potato..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides