Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Life In An Ordinary Lane bio picture

Welcome to My Photoblog !!

"If i could tell the story in words, i wouldn't need to lug around a camera.."

Photographs are amazing. It allow me to "see" more creatively in other areas of my life and encourages me  as a traveler to look for a good shot, force me to seek out the unique features and scenic beauty of a location, to explore further, and to interact with the surroundings. Photography also let me capture all those rare family moments - my growing up baby , family outing, vacation and reunion events that  was once-in-a-lifetime moments.

Thanks for visiting my blog..Do enjoy reading the story of my life, living in an ordinary lane..!!

Best Regards,

Rashdan Topa

Monthly Archives: October 2010

Ibu Zahryn dah balik..

Lepas mandikan zahryn dan bersiap-siap, pukul 6 petang pergi ke stesen ERL Putrajaya bersama zahryn untuk ambik ita. Petang ni flight ita sampai dari Miri ke KLIA. Dari KLIA ita ambik KLIA Transit ke Putrajaya. Memandangkan perjalanan yang agak jauh dari Bangi ke Putrajaya, terpaksa guna sport car seat untuk safety zahryn. Tiba di stesen ERL Putrajaya ita belum sampai lagi. So sempatlah zahryn berpeluh-peluhan exercise lari keliling stesen erl dgn bola hijaunya tu.. :D

Lebih kurang pukul 7.10 malam ita tiba. Lega rasanya ita dah balik. Letih jugak jaga dak kecik zahryn ni sejak 3 hari lepas. Weekend pun tak macam weekend. Tu belum kena jaga sebulan lagi. Next 2 weeks turn aku pulak outstation ke Sabah. Kesian zahryn.. kena tinggal lagi nampaknya.. :cry:

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Test drive : D700 + nikon 20mm f2.8

Selain dari dapat ilmu semasa berkursus GHG Inventory selama 2 hari di Berjaya Times Square, ada juga hasil lain – nikon 20mm f2.8..Walaupun 20mm ni tak cukup wide, kena angkat jugak sebab aku suka ambik gambar2 dari perspektif wide ni. Yang penting, ia ringan dan dapat cater low light. Senang bawak travelling.

Petang ni, lepas abis kerja test drive nikon 20mm baru aku di Taman Komuniti Seksyen 7. Ita tak ada sebab ada seminar di Limbang. So pegi berdua je dengan zahryn. Macam biasa la, Zahryn jadik model. Sebenarnya aku belum dapat biasakan diri lagi dengan D700 ni. Masih mencari2 setting yang sesuai. Metering pun macam lain sikit dari D90. So sebarang kecacatan pada gambar adalah kekurangan ilmu dalam diri hamba jua adanya..

Kalau ikutkan discussion di forum2, memang nikon 20mm ni kurang sharp bila f2.8. Bila dah test ni, rasanya memang betul pun. Tapi bagi aku ok je. Cannot expect much from this cute little lens. You gain something, you lose something. As for me, i go for the weight… :grin:

 

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Buah delima

Setelah lebih 37 tahun hidup di atas muka bumi tuhan ni, pada tanggal 22 Oktober 2010 baru ku tahu macam ini rupanya buah delima yang selalu disebut-sebut dalam pantun dan pepatah dulu-dulu. Haha.. shame on me.

Tak sangka. Namanya cantik tapi buahnya nampak buruk je. Tapi banyak khasiat tu.. :-D

Khasiat buah delima

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AR RAHMAN :68

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul. Produk Herba berasaskan Delima dalam bentuk kapsul yang pertama dan terhangat di pasaran Malaysia sekarang ini ialah Kapsul pati Delima ori’sylim. Lanjut layari www.oriherbs.com

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

Eco Hunt Berbasikal – MASM 2010

Aktivit Eco Hunt Berbasikal ni diadakan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2010 anjuran JAS Ibu Pejabat bertempat di Putrajaya. Pertama kali seumpamanya oleh JAS. Sambutan dari peserta amat menggalakkan. Tak tau pulak begitu ramai orang yang mempunyai hobi berbasikal. Aku tak join cycling pun. Basikal pun tak ada. Cuma datang bersama zahryn untuk bagi moral support je kat Ita sebagai urusetia dan menyibuk ambil gambar.

Tak dapat tunggu program habis, kena balik rumah awal sebab zahryn dah nangis meracau-racau.. :x

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides

My Job

Bercerita bab kerja ni, alhamdulillah memang murah agaknya rezeki aku. Grad pada tahun 1997, masa tu ekonomi belum down lagi. Lepas habis study memang tak sempat menganggur, belum konvo lagi dah dapat offer kerja sebagai Research Assistant(RA) di UM di bawah seliaan Prof Madya Dr Norma. Dalam pada kerja RA tu sempat jugak buat part time kerja ‘data entry clark’ di IWK. Kira mewah jugaklah waktu tu. Sementara menunggu kontrak kerja RA tu habis, aku try apply kerja syarikat publishing iaitu Sasbadi Sdn Bhd di Damansara Utama. Alhamdulillah dapat juga. Kerjanya sebagai editor buku sains. Seronok juga kerja publishing ni sebab banyak menggunakan kreativiti. Aku memang suka bab2 kreatif ni. Cuma yang tak bestnya, rasa bosan dok terperap je kat kerusi buat kerja-kerja editing. Tak ada field work langsung. Kalau adapun, pergi melawat pameran buku.. :-?

Dalam pada kerja editor tu ada juga isi borang SPA, saja nak try kerja kerajaan. Cuba mintak post pegawai kawalan alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar (JAS). Lagipun aku ambik course ekologi di UM, so memang kena la dengan post ni. Kemudian dipanggil interview dan berjaya. Waktu mula-mula melapor diri di Sime Darby cuak jugak sebab tak tau lagi nak ditempatkan di unit mana dan macamana rupa kerjanya. Lama-lama ok dah. Mungkin kerja-kerja enforcement memang sesuai dengan jiwa aku agaknya.. :-D

Diam tak diam dah 11 tahun berkhidmat di Jabatan Alam Sekitar ni dan dah 6 kali berpindah pejabat. Dari pejabat di Sime Darby kemudian pindah ke Putrajaya, kemudian bertukar kerja ke Sarawak (Kuching dan Sibu), selepas tu ke Johor dan sekarang di ibu pejabat Putrajaya. Walaupun agak lama berkhidmat dengan JAS ni tetapi banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekarang ni situasinya lebih mencabar disebabkan expectation masyarakat terhadap perkhidmatan awam yang semakin tinggi ditambah pula dengan isu-isu baru alam sekitar yang lebih global seperti climate change dsbnya. Apapun aku harap sumbangan yang aku berikan sebagai kakitangan awam selama 11 tahun ni sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kualiti alam sekitar kita.. :wink:

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides