
Malam ni dinner kat rumah. Ita ambik cuti hari ni so ada masa untuk masak special menu-spaghetti. Untuk zahryn, macam biasa la favorite dia – nasi ayam. So malam ni tengok final piala Suzuki AFF Malayisa lawan Indonesia sambil makan spaghetti dan melayan zahryn yang sibuk tarik tangan aku ke sana sini temankan dia main.
Untuk final Piala AFF Suzuki di Indonesia malam ni, Malaysia dah advantage sebab menang 3-0 kat Bukti Jalil masa 1st round hari tu. So kurang tekanan main kat Stadium Bung Karno malam ni. 90 minit yang mendebarkan tapi lega bila Safee Sali sumbat 1st gol. Keputusannya Malaysia tewas 1-2 tapi tetap Juara piala AFF Suzuki kerana menang secara agregat 4-2. Dengan barisan pemain-pemain yang rata-ratanya masih muda sudah tentu Malaysia boleh membentuk team yang lebih mantap untuk pertandingan lebih berprestij.
Bravo2..Esok cuti umum..yehaa..!!!
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

Pagi ahad yang ceria. Jogging sudah, mandi pun sudah. Lihatlah wajah-wajah gembira yang diambil ini…30 minit sebelum berada di Jusco Taman Equine..
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

Ekspedisi kali ke-2 mendaki Bukit Broga ni. 1st time bulan 6 dulu dengan Zaihan. Kali ni bersama staff JAS jugak iaitu Halmy dan Amir. Sebenarnya program kali ini adalah untuk menguji stamina dan kekuatan fizikal sebagai persediaan mendaki Gunung Kinabalu bulan 3 tahun depan. Berbeza sewaktu 1st time mendaki Bukit Broga dahulu, kali ini kami jumpa begitu ramai pendaki, tapi kebanyakannya dah nak balik sebab diaorang semua naik awal pagi sebab nak melihat sunrise. Tapi cuaca mendung hari ni so tak tercapailah hajat diaorang semua.
Mula mendaki lebih kurang jam 9.30 pagi dan tiba dipuncak jam 10.30 pagi. Agak malang sebab semasa di puncak Broga hujan turun dengan lebatnya. Basah kuyup kami dibuatnya sebab memang tak ada tempat nak berteduh. Perjalanan menuruni Bukit Broga pula semakin mencabar dengan keadaan tanahnya yang licin. Tapi alhamdulillah, kami selamat juga sampai di bawah tanpa sebarang kejadian tak diingini.Yang pentingnya, kamera aku tak rosak..



















Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

Kesian Zahryn. Petang ni dia tak dapat melawat kawasan perumahan naik motosikal dengan ayah dia macam selalu sebab hujan turun. Ibu dia jalan kaki ambik dia kat rumah Cik Asmah dengan payung. So kami terus ke kedai buku. Dapat juga zahryn kotak pensil untuk mainan dia. Lepas tu dinner di Restoran Suraya Thai Cuisine di Seksyen 7, BB Bangi. Biasanya di sebelah petang tak ramai pelanggan restoran ni. Tu yang bagus sebab kalau order cepat je sampai. Zahryn ni pun bukan boleh lama-lama kat kedai makan, nanti dia mengammuk.
Sebenarnya restoran ni antara favorite restoran aku di BB Bangi ni sebab servisnya yang cepat dan sotong goreng tepungnya yang sodap!! Dan satu lagi, sebab dekat dengan Mydin Mart, senang nak shopping barang2..



Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides



Lama tak menebas. Lalang kat belakang rumah pun cepat je panjang, almaklum tanahnya subur. So program pagi ini adalah bergotong royong menebas semak samun di belakang dan halaman rumah. Nak jogging tak dapat sebab hujan.
Zahryn pun turut sama sibuk membantu. Bagus betul anak aku ni..rajin dan komited!!
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides