
Wah cepatnya masa berlalu. Hari ni 26 Julai 2011, genap 3 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, setakat ini kehidupan aku sangat tenang dan bahagia, ditambah dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama muhammad zahryn yang sangat cengeng tetapi comel itu. Entah ikut perangai sapa lah agaknya ye. Yang pasti bukan ayahnye..
Celebration untuk anniversary tahun ni dah buat dah, gi bercuti ke bandung hari tu. Zahryn pun ikut sama. Cuma malam ni ada dinner luar kat Suraya Seafood di Seksyen 7 BB Bangi. Kira nak celebrate jugaklah. Menu special order ikan siakap steam limau. Sedap..tapi pedas ya amat. Dahlah tu, makan bertiga je, tapi yang datang ikan siakap besar, rasanya untuk makan 4 orang. Tapi habis jugak kitaorang bedal haha…

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

















Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

Hari ke-2 di bumi Sarawak. Cuaca pun bagus. Program yang agak padat hari ini. Sebelah pagi selepas sarapan, kami ke pasar Satok untuk membeli barang-barang basah dan keperluan lain. Semasa di Satok, tiba-tiba kereta Kelisa yang kami sewa dah naik temperaturenya. Takut kereta mati tengah jalan nanti, saya panggil tauke kereta untuk baiki kereta. Lama sangat menunggu kami balik dahulu ke homestay menaiki menumpang kereta kawan tauke kereta sewa.
Program lain hari ini adalah ke shopping di Waterfront Kuching dan membeli kek Lapis di Kampung Boyan. Tiada apa yang menarik sangat di waterfront sebab dah biasa datang sini, cuma tak sangka ada satu kedai baru yang menjual baju ragbi dan seluar jeans dengan harga yang sangat berpatutan. Apa lagi, kasi angkatlah satu!!
Bagi orang semenanjung yang pertama kali mengunjungi Sarawak, kek lapis sarawak pasti dicari. Kali ini ita bawa kami ke rumah Kek Lapis Zaharah di Kampung Boyan. Kek Lapis Zaharah ni menurut kawan-kawan ita memang sedap. Rupa-rupanya Kampung Boyan ini letaknya tidak jauh pun dari Kampung Siol Kandis, tempat homestay kami. Semasa kami sampai di rumah Kek Lapis Zaharah, kerja-kerja ubahsuai rumah sedang berjalan. Jadi keadaan agak kurang selesa sebab terdapat pekerja di bawah rumah yang sedang membancuh simen, bertukang dan sebagainya semasa kami hendak menaiki tangga ke dalam rumah. Walaupun begitu ramai juga pembeli, kebanyakannya perempuan yang datang bertandang. Di sini kami berpeluang melihat bagaimana kek lapis dihasilkan. Bau semerbak kek lapis menusuk-nusuk ke hidung dan memenuhi segenap ruang rumah. Pengunjung juga diberi berbagai sampel kek-kek lapis yang dibuat disini dan boleh merasa dulu keenakannnya. Kek lapis disini dijual dengan harga yang sama seperti di waterfront iaitu RM10.00 sebiji tetapi yang dibuat dan dijual di rumah ini rasanya lebih sedap dan sudah tentu di sini lebih banyak pilihan..
Ibu mertua saya sempat membeli 10 biji kek. Ita pun ada membeli 2-3 biji kek juga untuk kawan-kawannya. Saya?..saya cuma kenyang perut buat food tasting sahaja!!

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

Trip 4 hari 3 malam ke Sarawak ini telah dirancang seingat saya pada penghujung tahun lepas. Maklumlah perlulah tempah awal untuk mendapatkan tambang tiket murah Air Asia. Tujuan kami ke Sarawak adalah untuk menghadiri majlis tamat latihan konstabel adik ipar saya, Mazmie di PULAPOL Kuching pada 23 Julai 2011. Untuk penginapan pula, kami akan bermalam di Nadin Homestay. Ita(isteri saya) telah uruskan semua hal berkaitan penginapan termasuk bayarannya..
Dari rumah di Bangi saya bersama ibu dan ayah mertua serta zahryn ke LCCT untuk ke Kuching, Sarawak. Kereta parking di pejabat adik saya di Bandar Baru Enstek Sepang. 1 Jam 40 minit penerbangan kami selamat mendarat di airport kuching dan berjumpa Ita di sana. Di airport, telah ada transport yang diuruskan oleh pihak nadin homestay yang akan membawa kami ke Nadin Homestay di Petra Jaya.
Lebih kurang 1 jam perjalanan dari airport Kuching sampailah kami ke Nadin Homestay. Ia terletak di kampung Siol Kandis di kawasan Petra Jaya. Nadin Homestay ini ada beberapa jenis kediaman yang disewakan sebagai homestay. Homestay kami berwarna hijau dan saiznya agak comel. Tapi muatlah untuk kami berlima. Melihat homestay ini saya teringat rumah sewa saya di Sibu dahulu. Designnya lebih kurang sama iaitu satu pintu masuk di depan terus ke ruang tamu, bilik tidur dan bilik air.
Yang menariknya tentang homestay ini adalah suasana kampungnya yang terasa sungguh terasa damai. Owner homestay ini yang kami panggil Puan Hajah juga amat peramah. Beliau berasal dari Johor Bahru dan telah lama menetap di Sarawak setelah berkahwin dengan suaminya (orang Sarawak).
Satu lagi yang bagus, di hadapan homestay ini ada satu kedai runcit milik owner homestay juga. Senanglah jika kami perlu membeli apa-apa keperluan terutamanya di waktu malam. Selain itu tempat memasak juga disediakan di homestay ini. Jadi bolehlah kami memasak bila rasa malas mahu makan di luar. Esok kami akan ke pasar untuk mencari bahan-bahan mentah masakan..
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides

Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) tahun ini diadakan dari 15-17 Julai 2011. Majlis perasmian diadakan di Kompleks Sukan UPM. Kebanyakan acara juga dilangsungkan di dalam gelanggang sukan UPM. Ada juga acara yang dibuat diluar UPM seperti snooker, badminton dan bowling. Bagi acara yang dimainkan di dalam UPM pula, tidak di dalam kawasan yang sama, so tidaklah dapat mengambil gambar kesemua permainan yang dipertandingkan(ayat apakah ini?)..
JAS turut menghantar peserta untuk kesemua permainan yang dipertandingkan. Tetapi sebagaimana biasa sukan2 NRE sebelumnya, JAS masih mengekalkan prestasinya dengan gagal untuk memenangi waima satu pun pingat emas. Jangan kecewa wahai staff JAS, dengan insentif yang mencukupi dan iltizam yang tinggi, sukan tenis mampu menjanjikan sesuatu yang berkilau untuk sukan NRE yang akan datang..hehe























Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog
Powered By Wordpress Tabs Slides