1 Mei 2010(Sabtu)-Hari ni family ita datang dari Batu Pahat. Iwan dan Ami pun ada sama. Kami dah plan nak bawak diaorang gi piknik dan bbq di Hutan Lipur Sungai Congkak. Ini kali ke 2 kami ke Sungai Congkak cuma bezanya hujung tahun lepas datang untuk mandi-manda dan kami bertiga je. So sebelum diaorang sampai tengahari tu, dalam kul 10.00 pagi kami ke Pasaraya Bintang untuk shopping barang-barang keperluan piknik macam kepak ayam, jaring bbq, arang, sos dsbnya..Sempat jugak perap ayam tu dan ita juga buat bihun goreng.
Kami bertolak ke Sungai Congkak dalam pukul 2 petang menggunakan 2 biji kereta. Memandangkan hari ni cuti hari pekerja, memang aku dah jangka ramai pengunjung akan bercuti di sini. So kami pilih port untuk piknik agak jauh dari main entrance iaitu dekat area kem eco-tourism. Sebenarnya ada karnival di kem ecotourism ni tapi nampak macam tak happening je. Di lokasi ini, tak ramai pengunjung dan tanahnya agak rata, sesuai untuk mendirikan khemah. Chalet pun banyak untuk disewa kepada pengunjung yang berhajat untuk bermalam.Yang tak bestnya air jeram agak kotor tapi takpe kot, sebab tak plan untuk mandi pun.
Memang seronok bbq dan camping di tepi sungai ni. Walaupun ayam bbq ada yang hangus tapi totap sedap sebab lapar ..Zahryn dgn atuknya gembira bermain air di jeram manakala iwan, ami dan ita bbq ayam dan otak2..Sayangnya tak boleh lama2 piknik sebab cuaca yang cerah tiba2 bertukar mendung. Selepas siap berkemas2 kami bertolak balik sebelum hujan turun dan selamat tiba di Bangi…
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

















by rashdantopa
1 comment
link to this post email a friend