Outing terakhir kami sebagai penutup tirai tahun 2009 adalah piknik di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat. Pagi tu cuaca sebenarnya mendung semacam je tapi menjelang pukul 11 pagi matahari mula muncul dari balik awan. So kami proceed dengan plan ke Sungai Congkak. Tempat ni bukan asing bagi aku sebab dah banyak kali jugak ke sini masa belajar kat UM dulu dan selepas study pun ada buat tesis kat Pangsun tak jauh dari Sungi Congkak ni.
Tiket masuk adalah RM1 satu kepala untuk pengunjung (umur 12 tahun ke atas). Parking disediakan berdekatan gate masuk dgn bayaran RM3 satu kereta. Semua kemudahan ada di sini – surau, tempat salin pakaian, paip2 di tepi jalan, laluan pejalan kaki yang lebar, chalet untuk bermalam dan tapak perkhemahan.. Untuk menggunakan toilet sahaja dikenakan bayaran 30 sen sekali masuk..
Pose pertama Ita dan Zahryn selepas masuk ke Hutan Lipur Sungai Congkak..
Wajah gembira Ita, pertama kali sampai ke Hutan Lipur Sungai Congkak..
Sebelum mandi-manda, Zahryn lunch dulu..Kami lunch kemudian
Aksi bapak dan anak yang dah lama tak jumpa air gunung
Entah apa agaknya yang dibualkan kanak-kanak berdua ini..
Apa yang penting??? Kerjaasamaaa..
Zahryn – confuse..?? where am i??
Pertama kali Zahryn mencecah kaki ke air jeram. Nampak macam ok je. Sangat suka..
“Lepaskan aku..”
Tengah syok-syok makan selepas mandi, hujan turun tiba-tiba dengan lebatnya. Masing-masing bergegas mencari tempat berlindung
Menunggu hujan teduh di gerai makan berhampiran jeram tempat kami mandi. Kami sempat bersalin pakaian yang basah dek hujan. Zahryn pun dapat menyusu..

Perjalanan balik keluar dari Hutan Lipur menuju ke kereta selepas hujan mulai teduh. Really have fun here. Will come back for camping..
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog


















by rashdantopa
no comments
link to this post email a friend