Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Life In An Ordinary Lane bio picture

Welcome to My Photoblog !!

"If i could tell the story in words, i wouldn't need to lug around a camera.."

Photographs are amazing. It allow me to "see" more creatively in other areas of my life and encourages me  as a traveler to look for a good shot, force me to seek out the unique features and scenic beauty of a location, to explore further, and to interact with the surroundings. Photography also let me capture all those rare family moments - my growing up baby , family outing, vacation and reunion events that  was once-in-a-lifetime moments.

Thanks for visiting my blog..Do enjoy reading the story of my life, living in an ordinary lane..!!

Best Regards,

Rashdan Topa

A Night @ Teluk Batik Resort, Perak

3 Jan. 2010(Ahad) – Program hari ni adalah ke Kampar, Perak untuk meraikan majlis perkahwinan Harmanisham, kakitangan JAS Johor. Harmanisham ni anak buah Ita masa kerja di JAS Johor dulu. Program ni memang kami dah rancang awal2 lagi sebab nak ambik peluang bercuti di Perak pulak. Stay di hotel Teluk Batik Resort atau Marina Cove. Tapi hotel tak booking lagi sebab rasanya banyak bilik kosong disebabkan cuti sekolah dah di penghujung. Kami pun dah ambik cuti hari isnin dan selasa. Pukul 11.30 pagi kami memulakan perjalanan dari Bangi menuju ke Perak..

DSC_0006

Perjalanan yang panjang. Pukul 1.15 tengahari kami berhenti sebentar di kawasan rehat PLUS sebab dah sampai masa makan Zahryn…

DSC_0025

Tiba di rumah pengantin lebih kurang jam 1.45 petang. Selepas makan, masuk ke bilik pengantin untuk bergambar. Harmanisham Ishak, berwajah ceria dan berseri-seri menjadi raja sehari. Seorang kakitangan JAS yang berjiwa seni, rajin dan berdedikasi. Kalau bagi ceramah pasal alam sekitar , 1 jam memang tak cukup..

Majlis belah lelaki di Kampar, Perak ni simple je. Menjelang pukul 2.30 petang dah tiada tetamu lagi. Kalau di Johor, biasanya majlis kahwin boleh berlanjutan sampai pukul 5 petang. Sempat bergambar bersama Harmanisham dan pasangannya, orang kampung dia jugak. Sama cantik sama padan. Semoga bahagia ke akhir hayat…

Habis saja program di rumah pengantin di Kampar, kami teruskan perjalanan menuju ke Teluk Batik di Sitiawan.. Tiba di Teluk Batik dalam pukul 4.00 petang. Sempat beli boya dan bola plastik untuk zahryn bermain masa mandi di kolam kelak. Lepas tu gi tengok Marina Cove yang terletak tak jauh dari situ. View laut macam tak best je kat Marina Cove ni. So kami decide stay kat Teluk Batik Resort. Dapat diskaun rate untuk deluxe room, RM157 satu malam..

Bilik resort kami menginap ni taklah besar sangat. Ada satu katil queen dan satu katil bujang. Fasiliti dlm bilik biasa2 je. Yang bestnya ada balkoni, boleh lepak2 di luar.Yang tak bestnya, tv takde remote control..tapi zahryn ok je..happy dapat main2 atas katil..

View dari balkoni resort kami di tingkat 5. Pantai Teluk Batik nun di seberang jalan lebih kurang 200m dari resort..

Malam tu kami makan di luar. Nak terperap di bilik je pun boring sebab resort sunyi sangat. Jauh jugak drive cari kedai makan. Nasib baik ada kedai makan yang agak happening di pekan. Siap ada karaoke lagi. Balik dari dinner kami layan tengok tv dan lepas tu tidur dengan pulasnya. Zahryn pun ok, dapat tidur dan tak meragam..

Pagi yang cerah. Lepas bangun pagi dan mandi, kami sedia untuk breakfast. Bfast provided untuk 2 orang di kafeteria berdekatan lobi resort..Lama juga tunggu hidangan sampai walaupun tak ramai orang..ada la 2 couple lain yang bfast sama..

Tak tahan lama sangat menunggu, kami lepak-lepak sebentar di swimming pool bersebelahan kafeteria

They both know how to pose..

Kembali ke cafe, Zahryn dah makin tak sabar nampaknya..

Ita – senyum dalam kelaparan..

Adegan ibu dan anak bergurau senda  sementara menunggu hidangan bfast sampai..

Bfast dah sampai. Zahryn warm up dulu sblm makan – main2 dgn jem roti..

So this is our bfast for today. Simple but appetizing…

Roti untuk zahryn..

Enjoying our breakfast..

Lepas habis bfast, perut pun dah kenyang…kami ke pantai Teluk Batik tidak jauh dari resort..

Bercanda di pasiran pantai…menunggu ombak..

Pose ganas zahryn..

Kaki si kecil menguis2 butiran pasir..

Berjalan-jalan menikmati udara segar di tepi pantai. Pengunjung pun tak ramai..Kami2 je..

Selepas puas bermain2 di pantai, kami ke Muzium Siput yang terletak tidak jauh dari situ. Dapat kupon masuk free masa check in resort..

eight=”422″ />

Di dalam muzium..

Silhoutte..

Kembali ke bilik resort selepas melawat Muzium Siput. Frust tak dapat mandi sebab swimming pool tgh buat treatment, zahryn melepas geram mandi di bathtub dalam bilik..

Zahryn – senyum puas lepas mandi..

Aksi baring2 di atas katil. Nasib baik bawak tripod dan speedlight..

Aksi hujung katil pulak. Lebih kurang jam 12.45, kami check out lepas siap berkemas..

Singgah sebentar di pekan Teluk Intan untuk lunch. Sempat bergambar di Menara Condong..

Pose terakhir kami di Menara Condong sebelum berangkat balik meneruskan perjalanan pulang ke Bangi..

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog

Powered By Wordpress Tabs Slides