Program hari ni adalah berpiknik ke Air Terjun Kalumpang di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor bersama kawan-kawan lama zaman sekolah – ex-Asrama Felda Johor Bahru (ASBJB). Malam tadi ita dah siapkan barang-barang makanan untuk BBQ di sana. Menunya nasi himpit, sambal goreng dan ayam untuk bbq. Sebenarnya ni 1st time aku sampai ke Kalumpang ni. Tak tau pulak ada air terjun bernama ’Kalumpang’ kat Selangor ni. Ingatkan Kalumpang kat Sabah. Surf kat internet macam best je tempat ni..
Nasib baik cuaca ok hari ni. Pagi selepas jogging di Taman Komuniti bertolak pukul 9.30 dari Bangi ke Hulu Selangor mengunakan PLUS Highway. Dari highway exit tol Tanjung Malim menghala ke Kuala Kubu Baharu. Simpang masuk ke Kalumpang Resort tak jauh dari tol Tanjung Malim sebelum sampai ke pekan Kuala Kubu Baharu. Jalan masuk ke Kalumpang Resort kena melalui kawasan kampung dan ladang getah. Memang jauh dan agak ceruk lokasinya. Dengan bantuan GPS sampai juga ke kawasan air terjun Kalumpang ni. Port piknik di kawasan jeram dekat Pasir Putih Resort tak jauh dari Kalumpang Resort.
Bayaran masuk ke kawasan air terjun RM3.00 untuk dewasa. Masa sampai di kawasan jeram, semua kawan-kawan dah sampai. Ada 9 famili kesemuanya. Yang join gathering ni Koyot, Sekak, Ajid, Azam, Kekek, Sawai, Madeq dan babat. Tu semua nama-nama glemer diaorang kat asrama dulu. Yang junior dari aku memang tak berapa nak cam. Rupa pun dah lain. Sambil borak-borak kami start bbq apa-apa barang makanan yang dibawa. Aku, ita dan zahryn mandi dulu sebelum makan. Air jeram ni memang sejuk betul. Yang bestnya kawasan mandi di jeram ni luas dan tak ramai orang. Zahryn nampaknya ok tak meragam cuma fobia dengan air selepas terminum air..
Lebih kurang pukul 5 petang bertolak balik ke Bangi lepas berkemas dan puas makan dan mandi. Sempat bergambar beramai-ramai. Walaupun tak ramai yang join, gathering ni tetap best dan happening. Thanks to Koyot sebab organize mini gathering ni. Lain kali boleh piknik lagi tapi di lokasi lain pulak laa..
Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photoblogger
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://www.rashdantopa.com/blog


























by rashdantopa
3 comments
link to this post email a friend